fbpx

Resepi Roti Sardin Goreng Untuk Sarapan Pagi. Perah Limau Untuk Buat Lebih Rangup.

iCookAsia

Roti Sardin Goreng bukannya resipi yang baharu. Ada juga yang sudah buat jualan di gerai tepi jalan. Tidak pelik ia menjadi kegemaran sesetengah orang. Lebih-lebih pada waktu pagi. Tetapi, berlainan dengan perkongsian resipi kali ini. Di mana, beliau menggunakan sedikit limau untuk bagi roti sardin tu jadi lebih rangup. Juga, untuk lebih cantik beliau letakkan sedikit serbuk kunyit. 

Terima kasih Cahaya Kasih Firdausi untuk perkongsian resipi Roti Sardin Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

Dalam sardin potongkan:

Bawang merah

Cili padi

Gula sikit

Garam sikit

Serbuk perasa sedap maggie

Cara membuat:
1. Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi ia masak dan bawang layu.


2. Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk rangup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.


3. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.


4. Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cahaya Kasih Firdausi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x