in ,

Resepi Sedap Ayam Masak Kari Pekat. Kalau Nak Cantik Masakan, Jangan Sampai Pecah Minyak Tau.

Masakan kari ini memang sangat enak dimakan pada waktu tengahari kan? Panas-panas, makan dengan nasi putih. Memang padu! Jenis kuah pula, sesetengah orang akan suka pada kuah banyak dan cair, dan ada juga yang pekat. 

Ha, kalau anda suka kuah kari pekat. Boleh ikut cara memasak daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak gambar pun boleh tahu sedapnya masakan ini. 

Terima kasih sedapfood untuk perkongsian resipi Ayam Masak Kari Pekat ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji bawang**

2 biji bawang putih**

10 tangkai cili kering** (dibelah dua, rebus, tos)

2 sudu besar rempah kari daging

1 biji tomato (dibelah 4)

5-6 ketul ayam

2 tangkai daun kari

Garam gula secukup rasa

Sedikit susu segar (boleh ganti susu cair atau santan)

Cara memasak:

  1. Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus
  2. Panaskan minyak, tumis 3 sudu besar bahan kisar tadi termasuk kari daging. Masukkan juga daun kari. Tumis hingga naik bau dan air tumisan kering sedikit.
  3. Kemudian,masukkan sedikit air ke dalam tumisan.
  4. Masukkan pula ayam, tunggu separuh masak boleh masukkan tomato pula.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila ayam dah empuk, masukkan susu segar paling akhir. Gaul rata.
  7. Masak sekejap je. Jangan sampai pecah santan sebab nanti tak cantik kejadiannya.
  8. Boleh angkat dan hidang dengan nasi panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: sedapfood (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0