fbpx

Resepi Sedap Untuk Mereka yang Sedang Diet, Kerabu Sotong Thai

iCookAsia

Masakan kerabu memang masakan yang penuh berkhasiat kerana bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya dari jenis buahan dan sayuran. Kali ini admin nak berkongsikan resepi dari saudari Afy AL Habibi. Resepi ini juga mempunyai cukup rasa manis, masam, masin dan pedas. Siapa kata resepi diet mesti resepi yang bosan kan? Jom tengok resepi ini dan selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN
3 ekor sotong saiz XL
1 biji mempelam lemak*
1/6 setiap jenis lada benggala*
1/3 bunga kantan*
1/3 carrot*
3 biji tomato ceri*
1 batang serai*
1 batang daun ketumbar*
1 biji bawang merah*
1/4 bawang besar*
4 tangkai cili padi merah dan hijau*
2 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang castor
1/3 sudu besar garam bukit
Serbuk lada hitam dan cili flakes
3 hirisan lemon
CARA-CARA
1. Bersihkan sotong dan hiris bulat. Kemudian panaskan air. Celur sekejap dan toskan.
2. Hiriskan bahan bertanda *
3. Di dalam mangkuk besar, masukkan kicap sotong, sos tiram, gula perang, dan garam bukit. Kemudian perahkan lemon.
4. Tambahkan secubit dua serbuk lada hitam dan chili flakes.
5. Masukkan bahan hirisan tadi beserta sotong.
6. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Mudah kan? Selamat mencuba!
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x