fbpx

Resepi Singgang Daging, Bertambah Sedap Dimakan Dengan Budu

iCookAsia

Kalau di pantai timur, memang tak sah kalau tak cuba resepi Singgan Daging Kelantan ini. Rasanya sangat sedap dan puas hati. Apatah lagi, jika dimakan dengan nasi panas dan budu. Confirm bertambah nasi kalau makan hidangan ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Yati Nurhayati perkongsian resipi Singgang Daging Kelantan ini 🙂

Bahan-bahan:

500 g daging

4 biji bawang merah (Dimayang)

Lengkuas dan halia (Potong halus memanjang)

2-3 ulas bawang putih (Tumbuk)

3-4 tangkau cili kering (Tumbuk, kalau taknak merah boleh skip)

2 sudu ketumbar (Tumbuk)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan kesemua bahan dengan daging tanpa air.
  2. Kemudian, masak sekejap dengan menggunakan api yang perlahan bagi air dalam daging kering dan bahan-bahan meresap ke dalam daging.
  3. Seterusnya, baru masukkan air dan masak daging hingga empuk.
  4. Masukkan pula serbuk perasa, gula, garam dan 2 hingga 3 asam keping apabila sudah hamper masak.
  5. Akhir sekali, jika sudah empuk dan cukup rasa, boleh tutup api. Boleh dihidangkan.

Garam dan asam keping tidak dimasukkan awal untuk mengelakkan daging liat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yati Nurhayati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x