in ,

Resepi Sup Ikan Cara Tersendiri. Sekali Hirup, Terasa Segar Dan Nyaman Satu Badan.

Bila perut lapar, dan tidak segar atau kurang bersemangat, badan terasa nak makanan yang pedas atau berkuah. Alaa, macam hidangan sup sup. Bila sebut Sup ni, mesti terfikir akan masak Sup Ayam sahaja kan. Jarang orang terfikir dan buat Sup Ikan ni. Betul tak?

Haa, apa kata kali ini kita tukar cara dan selera dengan membuat Sup Ikan. Mana tahu lagi sedap dari Sup Ayam? Jom masak!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Sup Ikan ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan ketul

Rempah 3 sekawan

1/2 sudu teh halba campur

Bunga kubis

1/2 batang lobak merah (dipotong panjang)

1 ketul ubi kentang

3 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

1 cm halia

Garam dan gula

Cara memasak:

  1. Kentang (dikupas dan digoreng dahulu). Angkat dan toskan minyak. Goreng ikan pula. Apabila sudah masak angkat dan toskan minyak.
  2. Masukkan sedikit minyak. Tumis halba campur bersama halia dan rempah 3 sekawan hingga naik bau.
  3. Masukkan air secukupnya. Apabila air mendidih masukkan bunga kubis dan lobak merah.
  4. Masukkan isi ikan, garam dan sedikit gula, perasa (jika suka).

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0