in ,

Resepi Talam Pisang. Jangan Takut Kalau Buat Tak Jadi. Belum Cuba, Belum Tahu.

Kebiasaanya, Kuih Talam ini dibuat dengan perisa atau bahan yang menggunakan Pandan. Ala, yang warna putih diatas dan hijau dibawah tu. Tetapi, menariknya perkongsian resipi kali ini dimana seorang pengguna Facebook membuat Kuih Talam menggunakan Pisang. 

Admin tertanya juga la rasanya bagaimana. Dah tertanya tu, moh ler kita cuba masak… 

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Talam Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

¾ cawan tepung gandum

450ml santan pekat

500ml santan cair

Pewarna kuning

Esen pisang

5 biji pisang emas

Sedikit garam

1 cawan gula kastor

Caranya:

  1. Pisang dilenyek dahulu dan ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Oles minyak pada loyang dan lapis dengan plastik.
  4. Saiz loyang yang digunakan, 10 inci.
  5. Campur semua bahan kecuali pisang.
  6. Tapis masuk periuk.
  7. Baru masukkan pisang.
  8. Masak sekejap dengan menggunakan api sederhana.
  9. Kacau hingga pekat dan kemudian, tuang ke dalam loyang.
  10. Kukus selama 25 minit. Pada 5 minit terakhir, buka tudung kukusan.

Bahan untuk Lapisan atas:

¾ cawan tepung gandum

¼ cawan tepung jagung

¼ cawan gula kastor

Sedikit garam 

1 cawan santan pekat

2 cawan santan cair

Caranya: Campur semua bahan. Kemudian, tapis dan cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah sebelum tuang lapisan atas. Seterusnya, kukus selama 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0