in ,

Resepi Tauhu Berlauk Dan Sambal Kicap Yang Terlajak Pedas! Goreng Dulu Semua Bahan, Untuk Senang Hancur Bila Tumbuk.

Biasa kita dengar Tauhu Bergedil je kan? Sekarang ini, kita kembali kan resipi Tauhu Berlauk pula. Sangat mudah dan sedap. Buat anda yang tidak pernah buat hidangan ini dirumah, boleh cuba ya… Lagi-lagi buat para ibu dimana hidangan ini sangat sesuai kerana terdapat sayur-sayuran dalam resipi ini.

Terima kasih Harita Arash untuk perkongsian resipi Tauhu Berlauk ini 🙂

Bahan-bahan:

2 ketul isi ayam

3 keping tauhu berbentuk segi empat

4 ketul tauhu telur yang berbungkus

3 biji telur

Bawang holland

Lobak merah

Daun sup

1 kiub ayam

Serbuk lada hitam (mengikut pilihan sendiri)

 

Cara membuat:

  1. Kisar tauhu segi empat, isi ayam, tauhu telur dan telur di dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan hancur halus.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas. Campurkan bersama lobak merah, bawang Holland dan daun sup yang telah dicincang halus.
  3. Masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada hitam dan kiub ayam.

 

“kalo ada lada sulah, boleh hentam bubuh.. lagi sedap kot..
rumah ni tidak ada lada sulah…”

 

  1. Selepas itu, kukus adunan. Setelah kukus, adunan telur akan mengeras, jadi anda boleh simpan di dalam bekas. Jadikan frozen. Apabila hendak makan, goreng dengan salut telur terlebih dahulu. 

Bahan-bahan untuk Sambal Kicap:

5-10 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

Garam

Perasa – Ajinomoto (kalau suka)

Kicap manis

Sedikit jus limau

 

Cara penyediaan:

  1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.
  2. Kemudian tumbuk bahan yang telah digoreng tadi hingga hancur dan sebati.
  3. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Tumbuk lagi hingga sebati.
  4. Keluarkan bahan yang telah hancur ke dalam mangkuk dan masukkan kicap.
  5. Akhir sekali, perahkan limau.

Siap! Makan panas-panas ni sedap kan?

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Harita Arash (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0