in ,

Resepi Terbang Khas Dari Filipina. Aiskrim Mangga Cheese Ini Mampu Buat Korang Terliur Pada Musim Panas Sekarang.

Tak perlu cakap banyak dah lagi. Tengok gambar pun Admin dah terliur. Rasa nak buat je lepas ni. Maklumlah, musim panas sekarang. Nak juga pencuci mulut sebagai penyejuk tekak kan. 

Jom sama-sama kita cuba resipi daripada seorang pengguna Facebook dari Filipina ini. 

Terima kasih Eunice Nicole A. Ayuban untuk perkongsian resipi Mangga Cheese Aiskrim ini 🙂

Bahan-bahan:

Mango

Cheddar cheese block (dipotong dadu)

Condense milk

All purpose cream/whipping cream

Cara membuat:
1. Sebahagian potong dadu mangga.
2. Sebahagian lagi dikisar mangga dan jadikan seperti puree. Ketepikan dulu.


3. Masukkan krim dan pukul sehingga gebu dan selepas itu masukkan susu pekat dan gaulkan hingga sebati.

4. Selepas itu, masukkan mangga yang di kisar dan gaul sehingga rata.

5. Selepas telah diratakan, masukkan mangga dan cheese yang dah dipotong dadu. Gaulkan.

6. Seterusnya, untuk nampakkan cantik, letakkan sedikit mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas ice cream tersebut.
7. Selepas itu keraskan di dalam peti ais selama semalaman.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eunice Nicole A. Ayuban (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0