in ,

Resepi Tradisi Daripada Nenek, Air Asam Limau. Mudah Je, 2 Minit Dah Siap!

Air Asam Limau ini dijadikan sebagai Sos Pencicah. Tetapi pelbagai cara sebenarnya untuk dihidang. Ikut pada citarasa dan pilihan sendiri. Ianya juga dianggap sebagai pelengkap rasa bagi orang Johor. 

Haa, bagi anda yang tidak pernah rasa hidangan Air Asam Limau ini, boleh la cuba. Cicah dengan makanan goreng atau makan bersama Nasi Putih dan lauk anda. 

Terima kasih Siti Amirah untuk perkongsian resipi Air Asam Limau ini 🙂

Bahan-bahan:

12-15 biji limau kasturi

3 tangkai cili api (boleh tambah kalau nak lebih pedas)

Gula secukupnya

Garam secukupnya

Sedikit serbuk perasa/Ajinomoto

2 sudu besar air kosong

Cara membuat:

  1. Bahan utama limau kasturi dalam 12-15 biji. Perah dan ambil airnya sahaja.
  2. Cili api 3 tangkai, nak pedas tambah lagi 1-2 tangkai. Terpulang pada citarasa masing-masing. 
  3. Tumbuk cili api dan campur terus dalam air limau tadi.
  4. Tambah gula. Suaikan rasa dengan citarasa anda sendiri. 
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. 
  6. Masukkan air masak 2 sudu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Amirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.