in ,

Resepi Tradisional Onde-Onde Buah Melaka. Kukus Dulu Kelapa Parut, Untuk Bagi Tahan Lama.

Ada yang rindu tak nak beli kuih muih di gerai tepi jalan? Kalau Min, rindu sangat nak beli Kuih Onde-onde ni. Tapi musim PKP, tak banyak yang buka gerai. Kemudian, terjumpa la perkongsian resipi tradisional ini. Terfikir nak buat. Macam senang je kan?

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Onde-Onde Buah Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan air daun pandan dan sedikit pewarna hijau

Seketul gula kerek (dipotong dadu kecil-kecil)

Sedikit kelapa parut dan sedikit garam

Cara membuat:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas.
  2. Tuang air pandan sedikit demi sedikit, sambil menguli adunan tadi hingga tidak melekat di tangan.
  3. Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan. Letak gula kerek ditengah dan bulatkan semula
  4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian boleh angkat dan  toskan.
  5. Golekkan kuih tadi dengan kelapa parut (untuk  tahan lama, kukus dulu kelapa parut).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0