in ,

Resepi Turun Temurun, Telur Goreng Masak Asam. Confirm Makan Tambah Nasi Ni.

Admin pasti ramai suka akan hidangan Telur Goreng Masak Kicap kan? Antara masakan yang paling simple dan paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Tetapi, pernahkah anda cuba masakan Telur Goreng Masak Asam ini?

Seperti seorang pengguna Facebook ini, resepi yang dikongsikan merupakan resepi turun temurun daripada Ibu beliau. Nampak sedap dan mudah. Yang pasti, kalau cuba sekali nasi putih mesti bertambah-tambah. Jom cuba!

Terima kasih Nurlina Liyana untuk perkongsian resipi Telur Goreng Masak Asam ini 🙂

Bahan-bahan:

Telur goreng

Bawang besar (dihiris)

Bawang putih (dihiris)

Halia hiris

Cabai/Cili ( hiris)

Cili padi (dihiris)

Air asam jawa

Gula dan garam

Cara membuat:

  1. Guna minyak goreng telur tadi atau minyak goreng ikan. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu.
  2. Kemudian, masukkan air asam jawa. Ikut selera anda nak cair atau pekat, terpulang.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan biar hingga mendidih sekejap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurlina Liyana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.