in ,

Resepi Viral, Roti Pandan Gula Melaka. Hasilnya Memang Cantik, Gebu Dan Lembut!

Kalau keluaran Roti Gardenia ada Pandan Kelapa, tetapi di Facebook sedang viral resepi Roti Pandan Gula Melaka ini. Hijau cantik, lembut, gebu dan nampak pun dah tahu sedap. Kalau ada jual ni, mesti ramai beli. 

Admin pun dah terliur ni. Anda semua nak buat tak di rumah? Jom ikut resepi ni!

Terima kasih Ritzuwan Syde untuk perkongsian resipi Roti Pandan Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

500g Tepung roti

15g Tepung susu

15g Tepung ubi

14g Kelapa parut

8g Garam

50g Gula kastor

11g  Yis kering

5g Bread improver *optional

10g Pandan paste

40g Shortening

330g Air tapis

30g Gula melaka

Cara membuat:

  1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan.
  2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”.
  3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.
  4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
  5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
  6. Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
  7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh (biarkan kembang lebih sikit).
  8. Bakar pada suhu 180-200 darjah celsius selama 30-40 minit (bergantung kepada oven masing-masing). 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ritzuwan Syde (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.