fbpx

Resepi Yang Confirm Sedap, Tauhu Goreng Pucuk Ubi Atau Daun Singkong.

iCookAsia

Teringin hidangan sampingan yang lain daripada yang lain? Kalau pandang bahan Tauhu tu, mesti terfikir nak buat Tauhu Bergedil atau Tauhu Goreng cicah Sambal Kicap kan? Makin lama, makin bosan. 

Jadi, apa kata kita cuba hidangan daripada seorang pengguna Facebook ini. Beliau menggunakan Tauhu dan Pucuk Ubi sebagai bahan utama. Nak tahu rasanya bagaimana? Jom cuba!

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Tauhu Goreng Pucuk Ubi ini 🙂

Bahan-bahan:

Tauhu

Pucuk Ubi

Bahan untuk Bancuhan Tepung:

1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung beras

Serbuk kunyit

Serbuk lada hitam

2 ulas bawang putih ditumbuk halus

Garam

Air secukupnya

*Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Cara membuat:

  1. Rebus pucuk ubi hingga empuk. Lilit pada tauhu.
  2. Salut dengan Bancuhan tepung. 
  3. Goreng hingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x