in ,

Resipi Ayam Goreng Koera Pedas dan Tips Ayam Rangup

Peminat ayam goreng Korea pasti sukakan resipi ini. Boleh feeling makan macam dekat Korea kan. Jom cuba resipi ini.

Terima kasih Mohamad Arymin untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Korea Pedas Rangup ini 🙂

         

Bahan-bahan:

Perapan Goreng

12 ketul kepak ayam (dipotong dua)

1 biji telur

1 sk serbuk blackpepper

Sedikit garam dan perasa

Tepung Goreng Bestari secukupnya

Minyak secukupnya

*Boleh tambah sedikit tepung jagung bagi ayam lebih crispy

Sos Pedas

7 ulas bawang putih (dicincang)

2 sb cili kisar

3/4 botol sos cili dan cendawan

2 sudu sos cili

2 sudu madu

2 sudu bijan

Garam, gula dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

*Boleh tambah serbuk cili/chilli flake ikut level kepedasan masing masing. Macam resepi ni tidaklah terlalu pedas, budak budak pun boleh makan.

Cara memasak:

  1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit.
  2. Bedak bedak kan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
  3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak.Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
  4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
  5. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi. Masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili, madu, dan bahan perasa secukupnya

Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohamad Arymin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.