Mesti ramai yang tercari-cari resipi terbaik untuk panggang ayam, tetapi kadang kala hampa bila lihat hasilnya kan? Resipi perkongsian Cik Merpati Putih ini cukup mudah dan ringkas, namun hasilnya ayam tetap juicy dan enak.
Bahan :
Ayam / Daging
Sos lada hitam Kimball – beli dalam pack lebih jimat
Serbuk Rosemary herbs
Serbuk tyhme herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Gula ( kena lebih )
Air panas / air suam – sedikit sahaja
Bahan :
- Basuh ayam atau daging bersih-bersih sambil berselawat.
- Selepas itu masukkan sos lada hitam ke dalam bekas. Jika terlalu pekat, tambah air panas atau air suam.
- Selepas itu kacau sebati dan masukkan garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan gula. Lebihkan gula supaya ia meresap dalam isi daging ayam.
- Kacau sebati dan baru masukkan ayam atau daging. Perap semalaman untuk lebih sedap.
- Bakar dengan ketuhar atau air fryer. Jika air fryer, bakar pada suhu 200c selama 17 minit. Ikut manual Airfryer masing-masing.
Kredit resipi & foto : Cik Merpati Putih
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/