fbpx

Resipi Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Dapat Menyejukkan Tekak

iCookAsia

Pernah dengar tak mengenai Bubur Butir Nangka? Kali ini, Admin nak kongsikan resepi ini tapi dengan berintikan Gula Melaka tau. Memang makin sedap la makan manisan ini dengan rasa nya yang begitu memikat hati hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zurina Zulkefli perkongsian resipi Bubur Butir Nangka ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum.

Air (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit)

3 pewarna (hijau, merah, dan kuning)

Gula Melaka

1 kotak santan

1 sudu kecil halba (untuk aroma)

Gula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing-masing)

2 helai daun pandan.

1 sudu besar tepung gandum yang dibancuh air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.
  3. Kemudian, apabila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, henti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati.
  4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.
  5. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Boleh gunakan lidi sate untuk calitkan pewarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan.
  6. Cuit sedikit doh dan bulatkan serta penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula.
  7. Rebuskan ke dalam air yang mendidih.
  8. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab tidak mahu butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi tidak cantik dan membulat. Apabila butir nangka sudah timbul, baru angkat.
  9. Rendam di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.

Cara membuat (Untuk Kuah):

  1. Pertama sekali, panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan.
  2. Masukkan gula mengikut citarasa dan sesudu halba.
  3. Tunggu sehingga air mendidih baru masukkan sekotak santan.
  4. Kemudian, masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.
  5. Masukkan butir nangka ke dalam kuah santan.
  6. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x