in , , ,

Resipi Donut Anti Gagal Dan Tak Perlu Perap. Confirm Menjadi Walau Guna Bahan Yang Simple.

Resipi Donut hasil perkongsian Mar Che ini cukup mudah dan menggunakan bahan yang cukup ringkas namun confirm menjadi.

 

Bahan :

1/2 kg Tepung gandum

1/2 paket Yis (yang 11 gm)

1 sb Ovallette (jika Ovallette tiada, gandakan kuning telur)

1 biji Kuning telur

1 sb Gula

1 sb Planta (jika tiada, guna minyak)

Secubit garam

 

Cara :

  1. Larutkan satu cawan air suam bersama yis dan gula. Biarkan seketika.
  2. Selepas itu, dalam bekas lain, gaul tepung gandum, planta, telur, garam dan ovalette sehingga sebati.
  3. Tuangkan larutan yis pada adunan tadi dan uli sehingga doh tidak melekat pada jari. Jika doh msih keras, tuangkan sedikit air.
  4. Doh tidak perlu diperap, terus canai untuk membentuk donut.
  5. Jika tiada acuan boleh tekap menggunakan mulut cawan, dan lubangkan bahagian tengah dengan penutup botol.
  6. Taburkan tepung pada talam supaya doh tidak melekat apabila sudah kembang nanti.
  7. Selepas siap dicanai, biarkan kembang dalam 10 hingga 15 minit.
  8. Sedia untuk digoreng.
  9. Untuk adunan ini, boleh dapatkan 30 biji donut comel. Dan boleh juga buatkan pau diletakkan inti kacang merah.

Kredit resipi & foto : Mar Che

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0