in , , ,

Resipi Japchae Ala K-Pop, Hidangan Ringan Yang Lengkap Untuk Kudapan

Siapa peminat hidangan Japchae wajib cuba resipi perkongsian Faridah Yeop Ahmad. Resipi ini disesuaikan dengan tekak orang kita, malah bahan utama, glass noodle juga digantikan dengan suhun. Bila masak sendiri, pandai-pandailah ubah mengikut selera masing-masing kan?

Hidangan ini sesuai untuk dibuat kudapan kerana ia hidangan ringan yang lengkap dengan pelbagai jenis sayuran dan daging.

 

Bahan :

Suhun – rendam hanya sewaktu mula menumis supaya tidak terlalu kembang dan akan penyek.

Ayam / Daging

Bawang putih

Cili flakes – boleh kisar cili kering menggunakan blender kering

Cendawan fungus

Cendawan kering shitake – wajib

Minyak bijan

Kiub ikan bilis

Lobak merah

Cili capsicum

Kicap pekat

Kicap manis

Bijan – disangai

Cara :

1.Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili flakes.Untuk cili flakes ini, masukkan ikut tahap kepedasan yang disukai.

2.Kemudian masukkan ayam atau daging, cendawan kering shitake dan cendawan fungus. Gaul rata.

4.Masukkan sedikit air dan kiub ikan bilis, kicap pekat dan kicap manis. Perasakan dengan gula dan garam.

5.Masukkan lobak merah dan capsicum. Renjis-renjiskan dengan sedikit minyak bijan.

6.Kemudian baru masukkan suhun. Kacau rata dan akhir sekali taburkan bijan.

Kredit resipi & foto : Faridah Yeop Ahmad

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0