fbpx

Resipi Kek Lapis Kukus Prune Yang Mudah dan Lembut

iCookAsia

Anda peminat kek lapis? Resipi Kek Lapis Prune yang menggunakan teknik kukus. Ia menjadikan kek ini menjadi lembut. Tambahan pula, Chef Asma menggunakan marjerin SERI Pelangi untuk membuat kek lapis ni. Haa.. lagi sedap.

Cara Memasak:

Bahan- bahan :

(A)
250 gm “Majerin Pelangi”
700 gm gula kastor

(B)
6 biji telur gred A
½ sudu kecil perisa vanilla
50 gm “Kaya Saji”
130 gm “Saji Krimer Manis Pekat”

(C)
30 gm horlick
30 gm susu tepung – diayak
150 gm tepung gandum – diayak

(D)
250 gm buah prune @ secukupnya
Pewarna merah, hijau & kuning – secukupnya

Cara – cara penyediaanya:

1. Putar majerin dan gula kastor sehingga berkrim. Masukkan telur dan perisa vanilla.
2. Masukkan kaya dan susu pekat. Satukan horlick, susu tepung dan tepung gandum, masukkan kedalam bancuhan. Adun hingga sebati.
3. Bahagi adunan kepada 6 bahagian (warnakan mengikut kesukaan)
4. Kukus setiap lapisan selama 10 minit, (setiap lapisan di susun buah prune sebelum dikukus). Bahagian ahkir sekali dikukus selama 20 minit
Nota:
**Adunan ini menghasilkan kek bersaiz loyang 7 inci x 7 inci x 3 inci & jika anda
tidak suka buah prune , boleh digantikan dengan kepingan “Asam Manis”
** Loyang dialas dengan plastic atau kertas “partchment paper”, supaya senang
untuk dikeluarkan apabila masak.
*** Kek enak dimakan selepas sehari dikukus kerana akan lebih moist pada suhu
bilik. Untuk tahan lama, simpan didalam chiller.

 

Jangan lupa untuk dapatkan barang dapur yang BERKUALITI di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x