fbpx

Resipi Kuey Teaw Kungfu Paling Win, Sedap Hingga Licin Pinggan.

iCookAsia

Keenakan Kuey Teow Kungfu memang tidak dapat dinafikan, dengan kuey teow yang disalut telur dan digoreng garing kemudian digabungkan dengan kuah yang pekat…fuh, sukar untuk digambarkan. Pekena pula dengan cili potong dan kicap.

Jom cuba resipi perkongsian Shai Anne Ahemed ini.

 

Bahan untuk goreng :

Sedikit minyak masak

2-3 biji Telur

1 pek Kuey teow – bahagikan mengikut kuantiti beberapa orang makan

 

Cara :

  1. Pecahkan telur dan salutkan kuey teow dengan telur tadi.
  2. Goreng sehingga garing dan ketepikan.

Bahan kuah :

3 ulas Bawang putih – diketuk

1 bahagian Dada ayam

10 ekor Udang & Sotong

1 batang Lobak merah

4 biji Anak jagung (baby corn)

2 pokok Kailan

1/2 sb Lada putih

3 sb Sos tiram

2 sb Minyak bijan

Sedikit Garam

1/2 kiub Ayam

2 -3 sb Tepung jagung dibancuh dengan air

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau sehingga ayam masak.
  2. Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, anak jagung, kailan, udang dan sotong. Masak sehingga sayur agak empuk.
  3. Masukkan 1/2 sudu lada putih beserta sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung berfungsi untuk memekatkan kuah.
  5. Selepas siap, curahkan ke dalam pinggan berisi kuey teow yang digoreng tadi.

Kredit resipi & foto : Shai Anne Ahemed

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x