fbpx

Resipi Kuih Bulan Atau Mooncake Halal. Baru Tahu Senang Je Nak Buat.

iCookAsia

Jika masih ragu-ragu untuk membeli kuih bulan yang dijual di pasaran, tidak perlu risau kerana iCookAsia akan berkongsi resipi yang confirm halal daripada Wan Raudzah Wan Ismail.

Menurutnya, bahagian glaze jika tidak mahu buat pun tidak mengapa. Jika hanya buat satu lapisan pun tak mengapa. Kita sendiri yang buat kan?

Jadi selepas ini mungkin korang boleh cuba menjadi usahawan Kuih Bulan Halal pula kan?

 

Bahan Inti :

Salted egg yolks – dibasuh sehingga hilang lendir dan kukus selama 7 minit. Sejukkan.

Melon seeds – dipanggang sebentar dalam ketuhar

Untuk inti boleh gunakan pelbagai dan pemilik resipi gunakan durian lotus paster dan pure lotus paste kurang manis.

Bahan Kulit :

Acuan mooncake seberat 100gm

100gm Tepung kek / Low Protein Flour

60gm Golden Syruo

28gm Minyak kacang

1/2 st Alkaline water / Air abu soda

 

Untuk Glaze :

1 biji Kuning telur

5gm Golden Syruo

1 st Air

 

Cara :

  1. Untuk membuat kulit – Ayak tepung dalam satu bekas. Dalam bekas yang lain, satukan bahan-bahan cecair dan tuangkan ke dalam bekas tepung. Sebatikan dengan spatula, Tidak perlu kacau terlalu lama. Uli sedikit sehinga sebati dan wrap dengan plastik cling dan perap selama 40 minit.
  2. Pemilik menggunakan acuan seberat 100 gram. Jadi kulitnya 25 gram dan inti 75 gram. Jika inti ada egg yolk, intinya 58 gram.
  3. Bungkus egg yolk dalam inti.
  4. Gelek kulit nipis antara dua keping plastik. Masukkan inti dan bungkus dengan kemas. Minyakkan sedikit acuan supaya mudah untuk dikeluarkan. Tekan dengan acuan dan lepaskan perlahan-lahan supaya kuih bulan terbentuk dengan cantik.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170c.
  6. Spray air pada kuih bulan supaya tidak pecah sewaktu dibakar.
  7. Bakar kuih bulan selama 15 hingga 20 minit atau sehingga bertukar warna sedikit perang.
  8. Sejukkan 15 minit dan baru sapukan glazing. Bahan glazing digaul sebati. Gunakan berus kecil supaya sapuan rata dan untuk pecahkan buih-buih telur.
  9. Bakar kembali dalam ketuhar selama 10 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan sapukan lagi glaze. Bakar lagi 10 minit menggunakan api atas sahaja sehingga kuih bulan nampak cantik berkilat.

Kredit resipi & foto : Wan Raudzah Wan Ismail

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x