fbpx

Resipi Mudah Ayam Buttermilk, Creamy Dan Menyelerakan

iCookAsia

Siapa di sini suka makan Ayam Buttermilk? Sedap kan apatah lagi dimakan dengan nasi panas. Dengan rasa nya yang sangat creamy, membuatkan hidangan itu lagi menyelerakan. Confirm makan bertambah ni,

Jom kita try.

Terima kasih untuk Arin Oshin perkongsian resipi Ayam Buttermilk ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 ketul besar ayam, bahagian dada

1/2 tin susu cair

3 ulas bawang putih (hiris halus)

1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa (potong dadu)

4 sudu besar mentega

2 tangkai daun kari

4 biji cili padi

Bahan B (Tepung Salutan Ayam):

5 sudu besar tepung Bestari

(Pada yang suka pedas boleh guna perasa pedas)

Cara membuat:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan tepung ke atas ayam dan gaulkan sebati. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
  4. Angkat dan ketepikan.

Cara membuat (Ayam Buttermilk):

  1. Mula-mula, dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar.
  3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  4. Akhir sekali, masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Arin Oshin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x