fbpx

Resipi Nasi Daging Utara Selatan Dan Air Asam Kerisik. Memang Padu Rasanya!

iCookAsia

Siapa di sini pernah makan Nasi Daging Utara Selatan bersama Air Asam Kerisik? Rasanya sangat padu bila digandingkan dengan Air Asam Kerisik tersebut. Confirm tak cukup makan satu pinggan, mesti bertambah ni. Nak jadikan makanan berbuka pun sesuai.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nuryusra Ibrahim Kutty perkongsian resipi Nasi Daging Utara Selatan & Air Asam Kerisik ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Nasi):

3 pot beras basmathi + 4 1/2 air rebusan

1/2 pot susu cair

1 kg daging

2 biji bawang besar (hiris)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1/2 inci halia (tumbuk)

1 sudu besar lada hitam (tumbuk)

4 sekawan

3 helai daun pandan

1 paket rempah kurma

1/2 kiub daging

Garam secukup rasa

Minyak sapi

Daun ketumbar (tabur)

Bawang goreng (tabur)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, rebus daging hingga empuk dan ketepikan.
  2. Tumiskan 4 sekawan bersama daun pandan, sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan masak sehingga keperangan.
  4. Bancuh rempah kurma,kuib dengan sedikit garam dan sedikit air rebusan daging di dalam 1 bekas.
  5. Kemudian, tuangkan bancuhan rempah tadi ke tumisan bawang – masak hingga mendidih.
  6. Masukkan beras, daging dan air ke dalam periuk nasi, tuang semua bahan tumisan tadi dan tunggu sehingga masak.
  7. Apabila sudah siap masak taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.

Bahan B (Air Asam Kerisik):

2 biji Tomato (kisar kasar)

1 biji bawang besar (hiris halus atau kisar)

Cili padi (kisar kasar)

Cili merah (kisar kasar)

Daun ketumbar (hiris halus)

1 sudu besar Kerisik

Air asam jawa

Gula perang dan garam secukup rasa

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuryusra Ibrahim Kutty(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x