in

Resipi Nasi Gajus, Mudah dan Sedap!

Anda pernah makan Nasi Gajus? Cara untuk menyediakan hidangan ini lebih kurang sama seperti Nasi Beriani. Boleh makan begitu saja atau lebih sedap untuk dihidang bersama lauk kari daging atau ayam.

Jom cuba resipi mudah daripada Chef Lin ini.

Bahan-bahan:
3 sudu besar marjerin
1 helai daun pandan, disimpulkan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
2 1/2 cawan air
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras, direndam 10 minit
1/4 cawan pulut, direndam 20 minit
Garam secukup rasa
Bawang goreng, gajus panggang (hiasan)
Bahan Rempah (sangai & tumbuk)
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara membuat:
1. Panaskan marjerin atas api sederhana.
2. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
3. Masukkan air, stok ayam, beras, pulut dan garam. Kacau.
4. Tutup periuk.
5. Biar stim keluar selama 3 minit kemudian perlahankan api.
6. Buka penutup dan kacau.
7. Tutup semula dan masak selama 8 minit.
8. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng dan gajus.

Dapatkan produk SHEFU ‘Low Pressure Cooker’ di https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0