fbpx

Resipi Sagu Gula Melaka, Lagi Sedap Bila Dimakan Sejuk-Sejuk

iCookAsia

Mesti anda semua pernah makan Sagu Gula Melaka kan? Dengan rasa nya yang sedap dan manis menjadikan ia dessert yang mesti ada. Bukan itu sahaja, cara nak buat pun mudah sahaja. Lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nur Aqila Jufri  perkongsian resipi Sagu Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

Sagu

Pewarna

1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cuma rasa lain-lain)

2 sudu gula Merah

1 ketul gula Melaka

1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)

Secubit garam

1/2 air

Isi jagung (tak ada pun tak apa)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak sagu sehingga kembang dan jadi clear.
  2. Cuci sagu dan letakkan pewarna dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, cuci lalu bawah air paip sahaja supaya susu tidak berwarna.
  3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air, untuk air boleh sukat menggunakan tin susu cair tersebut juga, gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung dan garam.
  4. Biarkan ia masak seketika.
  5. Akhir sekali, campurkan kuah susu dan sagu tersebut.

Tips:

  1. Pastikan air betul-betul menggelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
  2. Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
  3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
  4. Cuci sagu pada air paip dan masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
  5. Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat dan cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
  6. Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Aqilah Jufri(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x