fbpx

Resipi Sardin Gulung Bakar

iCookAsia

Makan apa untuk sarapan pagi? Nasi goreng? Cucur ikan bilis? Malaysia memang kaya dengan makanan kan sampai nak sarapan pun terpaksa buat pilihan.

Apa kata kita cuba resipi Sardin Gulung Bakar pula. Buatkan stok di dalam peti ais dan hanya bakar sahaja di dalam ketuhar atau airfryer setiap pagi. Jimat masa dan bolehlah luangkan lebih waktu untuk bermesra dengan anak-anak dan suami.

Bukan sahaja inti sardin, tukarkan sahaja bahan utama kepada inti lain yang disukai seperti daging, ayam, dan udang. Terpulang kepada anda.

Jangan lupa follow Qasey Honey di laman Facebook dan di laman Instagram 

Bahan :
300 gm tepung gandum
120 gm marjerin SERI Pelangi
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)
1 biji kuning telur untuk glis
*tips: kalau adunan lembik, tambah tepung. kalau adunan keras, tambah air

Inti Sardin:
1 tin sardin sederhana
2 biji cili hijau atau merah – buang bijinya dan di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
2 ulas bawang putih – di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu kecil lada hitam – kisar
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1. Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4 inci. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
4. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warna kuningnya lebih terang)
6. Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

Cara membuat (inti sardin):
1. Isi sardin di buang tulang tengah dan di lenyek bersama sosnya.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga harum.
3. Kemudian masukkan sardin. Masak hingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan cili sos, lada hitam dan jus limau nipis. Masak lagi hingga sedikit kering
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Apabila sudah masak angkat dan tapis untuk membuang minyaknya. Sejukkan dan siap doh.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x