in

Resipi Serawa Durian & Pulut Kukus Khas Buat Peminat Durian

Khas buat peminat durian, serawa durian ini memang sesuai disajikan bersama pulut kukus. Di sesetengah tempat ada yang panggil pengat durian, ada juga yang panggil bubur durian. Enak disajikan sebagai pencuci mulut.

Bahan-bahan Serawa

½ cawan air
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar gula merah
2 cawan santan (1 kelapa)
6-7 ulas durian
2 helai daun pandan, disimpulkan
¼ sudu kecil garam

Bahan Pulut

500g pulut, direndam 2 jam
3/4 cawan santan (1/2 kelapa)
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan, disimpulkan

Cara membuat

1. Untuk serawa: Jerang air, gula dan gula merah sehingga larut, tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, durian, daun pandan dan garam.
3. Apabila mendidih, renihkan atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
4. Kukus pulut selama 15 minit.
5. Masukkan pulut ke dalam mangkuk.
6. Campurkan santan dengan garam.
7. Tuangkan ke dalam pulut, kacau sebati.
8. Kukus semula selama 8-10 minit.
9. Hidangkan pulut dengan serawa durian.

Resipi dan suara latar oleh Chef Lin 🙂

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0