Tauhu berlauk antara snek yang cukup mudah untuk disediakan dan makan sekali memang tak puas. Selain menyihatkan, Tauhu Berlauk cukup sesuai digantikan dengan makanan berproses seperti sosej dan nuget untuk anak-anak.
Malah, menu ini boleh difrozenkan dan hanya digoreng apabila diperlukan. Mudah kan?
Terima kasih Wafiza Amir atas perkongsian resipi.
Bahan :
3 keping Tauhu lembut *
4 keping Tauhu telur *
Isi ayam *
3 – 4 biji Telur *
Lobak merah – hiris
Bawang holand – hiris
Daun sup – hiris
Lada hitam
Lada sulah
Perasa maggi
Cara :
- Kisar bahan bertanda * sehingga halus.
- Gaul semua bahan sehingga sebati.
- Letakkan lada dengan kuantiti yang agak banyak untuk mengelakkan bau hanyir. Dan jangan letakkan serbuk perasa terlalu banyak kerana akan masin selepas dikukus.
- Alaskan plastik pada loyang dan tuangkan adunan. Kukus selama 15 minit.
- Boleh letakkan dalam bekas-bekas kecil dan kukus.
- Potong dan celupkan dengan telur untuk digoreng.
Kredit resipi & foto : Wafiza Amir
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/