Resipi Viral: Upgrade Bakwan Jagung Korang Jadi Extra Garing & Berlemak Dengan Kewpie! 🌽
Min dah jumpa resipi bakwan jagung paling mantap tahun ni! Resipi Bakwan Jagung Kewpie ni memang lain daripada yang lain. Teksturnya yang rangup di luar dan rasa berlemak manis di dalam pasti buat sesiapa sahaja teringat-ingat.
Sesuai untuk korang yang nak hidangan ringkas tapi rasa taraf restoran. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
🌽 Resipi Bakwan Jagung Kewpie
Bahan-Bahan:
- 2 tongkol jagung segar (hiris ambil isi)
- 2 biji bawang merah & 3 ulas bawang putih (tumbuk @ cincang)
- 2 batang daun sup & 2 batang daun bawang (hiris nipis)
- 1-2 biji cili padi (hiris – kalau suka pedas)
- 6 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar Mayonis Kewpie (bahan rahsia untuk rasa creamy)
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil baking powder
- Garam atau perasa cendawan (secukup rasa)
- Air berkarbonat sejuk (dalam 150ml @ agak-agak sampai adunan sebati)
- Minyak untuk menggoreng
👩🍳 Cara Masak:
- Campur semua: Masukkan jagung, bawang, cili, dan semua daun herba ke dalam mangkuk.
- Masukkan tepung & perasa: Tambah tepung gandum, tepung beras, baking powder, serbuk lada putih, garam, dan Mayonis Kewpie. Gaul rata.
- Bancuh adunan: Tuang air berkarbonat sejuk sedikit demi sedikit. Kacau sampai adunan jadi pekat-pekat likat (jangan cair sangat tau).
- Goreng: Panaskan minyak, ambil satu sudu adunan dan goreng guna api sederhana sampai warna kuning keemasan dan garing.
- Siap! Angkat, toskan minyak, dan sedia untuk makan panas-panas.
Jom tonton video penuh daripada @kewpiemalaysia_official di sini: https://www.tiktok.com/@kewpiemalaysia_official/video/7643676526273416456?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7609866622417503752
iCookAsia #KewpieMalaysia #BakwanJagungKewpie #ResipiMudah #MinumPetang



Post Comment