Tak Perlu Beratur Kat Bakeri Lagi! Ini Cara Buat Portuguese Egg Tart Yang Mudah!

@ablefarmmy

Kadang-kadang kan, cara nak tunjuk kita sayang kat seseorang tu tak payah cakap pun. Cukup sekadar kita hidang benda yang sedap hasil air tangan sendiri. 💖 Hujung minggu ni, apa kata kita buat kelainan sikit? Daripada asyik beli kat luar, jom pakat buat Egg Tart Extra Creamy sendiri kat rumah guna produk Able Farm. Bayangkan bau harum kastard tengah membakar dalam oven tu… pusing satu rumah, confirm masing-masing tak sabar nak serbu! 🤤 #PortugueseEggTart #AbleDairiesMY #AbleFarmMY

♬ original sound – Able Farm Malaysia – Able Farm Malaysia

Siapa kata buat egg tart premium ni susah? Guna puff pastry segera je untuk mudahkan kerja anda.Tapi rahsia sebenar bakeri mahal ada pada bahagian intinya. Jom tengok resipi ringkas 6 bahan ini untuk hasilkan 15 hingga 20 biji tarts yang sangat sedap, dan mempunyai kesan burnt karamel yang menggoda di atasnya. Sesuai sangat untuk hidangan tetamu atau buat jualan!

Jom kami kongsikan resipi rahsia premium yang sangat creamy dan confirm jadi ini.

🕒 Maklumat Resipi

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Membakar: 25-30 minit
  • Jumlah Hasil: 15 – 20 biji

🛒 Bahan-Bahan

Bahan Inti Kastard:

  • 1 biji Telur penuh
  • 2 biji Kuning telur
  • 250ml (1 cawan) Susu penuh krim (full cream)
  • 200ml (1 kotak kecil) Krim putar (whipping cream)
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 penutup kecil Esen vanila

Bahan Kerak (Crust):

  • 1 paket Puff pastry segera (secukupnya)

👩‍🍳 Cara Penyediaan Step-by-Step

Langkah 1: Sediakan Inti Kastard

  1. Di dalam mangkuk atau periuk kecil, satukan telur, kuning telur, susu penuh krim, whipping cream, gula, dan esens vanila.
  2. Kacau rata menggunakan whisk sehingga gula larut sepenuhnya.
  3. Tips Ekstra: Tapis adunan kastard ini sekurang-kurangnya sekali untuk mendapatkan tekstur yang licin bak sutera dan bebas daripada ketulan telur.

Langkah 2: Sediakan Kulit Pastri

  1. Ambil kepingan puff pastry segera. Gulungkan dan potong secara membulat ikut ketebalan yang sesuai.
  2. Masukkan ke dalam acuan tart (atau acuan muffin). Tekan perlahan-lahan menggunakan jari supaya pastri mengikut bentuk acuan dengan kemas.

Langkah 3: Bakar Sehingga Sempurna

  1. Panaskan ketuhar (oven) terlebih dahulu pada suhu 200°C selama 10 minit.
  2. Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam acuan pastri sehingga 3/4 penuh (jangan terlalu penuh supaya tidak melimpah semasa dibakar).
  3. Bakar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit menggunakan api atas bawah, atau sehingga permukaan kastard kelihatan ada kesan perang berkaramel (perfect burnt) dan pastri menjadi garing keemasan.
  4. Keluarkan dari oven, biarkan suam seketika, dan sedia untuk dihidang!

💡 Tips Tambahan Untuk Hasil Terbaik:

  • Kesan ‘Burnt’ Karamel: Jika pastri sudah garing tapi permukaan kastard belum bertukar perang, tukar fungsi oven kepada api atas sahaja untuk 3-5 minit terakhir. Sentiasa perhatikan oven supaya tidak hangus!
  • Suhu Oven: Pastikan oven betul-betul panas sebelum memasukkan tart untuk memastikan puff pastry mengembang berlapis (flaky) dan tidak berminyak.

Post Comment