Mala vs Gula Melaka? Tak Perlu Pilih, Angel Brand x Kantin Lab Gabungkan Semua Dalam Satu Pek!

Siapa sangka kicap kegemaran mak kita di dapur sekarang dah jadi snek yang rebel dan moden?. Kalau korang peminat tegar snek yang pelik, korang wajib baca sampai habis!
Ingat lagi tak masa Tahun Baru Cina baru-baru ini? Ramai yang kempunan sebab tak sempat nak sambar Fortune Bag hasil kolaborasi Angel Brand dan Kantin Lab.
Jadi berita baik untuk korang: perisa Gula Melaka dan Mala yang viral tu kini kembali lagi dalam Pek Kombo 3-dalam-1 bermula 1 Mei 2026!.
Kenapa Kolaborasi Ni ‘Win’?
Bayangkan otai sos yang dah 81 tahun (Angel Brand) bergabung dengan pakar snek ‘fusion’ (Kantin Lab) memang meletop! Korang bukan setakat makan snek, tapi korang tengah nikmati rasa asli Malaysia dalam setiap kepingan.
Jom Intai Apa Yang Ada Dekat Dalam:
Tempeh Chips Perisa Mala (Pedas & Kebas!)
Menggunakan Mala Seasoning sebenar daripada Angel Brand.
Rasa pedas Sichuan yang buat lidah rasa ‘kebas-kebas sedap’ pada kepingan tempe yang rangup.
Crinkle Cut Potato Chips Perisa Gula Melaka (Manis & Smokey)
Inspirasi daripada Kicap Soya Manis Angel Brand. Ada rasa karamel dan sedikit aroma asap (smokiness). Serius, rasa dia sangat nostalgik!.
Salted Egg Yolk Potato Chips (Si Lemak Masin)
Lengkap dengan daun kari dan telur masin yang creamy.
Peneman setia untuk mengimbangi rasa pedas Mala dan manis Gula Melaka tadi.
“Alahai, Tak Puaslah Makan Snek Je…”
Jangan risau, geng! Kalau korang rasa nak masak sendiri hidangan guna perisa ni, korang boleh dapatkan sos Angel Brand Mala Seasoning dan Sweet Soy Sauce di pasar raya berdekatan. Nak buat perapan ayam ke, atau masak goreng-goreng kat rumah pun boleh. Confirm jadi!
Nak Menang Hadiah Eksklusif?
Sambil mengunyah tu, jangan lupa join giveaway online yang dianjurkan oleh Angel Brand dan Kantin Lab. Mana tahu korang antara yang bertuah dapat ganjaran eksklusif kolaborasi ni!.
Stok adalah terhad, jadi cepat-cepat cari di kedai runcit terpilih atau beli secara online sebelum sold out lagi!



Post Comment