fbpx

Roti Heaven. Roti Telur Bakar Versi Senang dan Banyak Bahan. Hidang Untuk Tetamu, Pasti Ramai Yang Suka.

iCookAsia

Masakan ini dipanggil Roti Heaven kerana inti atau isi yang sangat banyak dan meriah. Hasilnya seperti roti telur banyak bahan juga, tetapi jika hendak di masak dalam kuantiti yang banyak, inilah resipi yang sangat sesuai. Bakar, dan siap!

Terima kasih Nanny Emma Emma untuk perkongsian resipi Roti Heaven ini 🙂

Bahan-bahan:

8 keping Roti Gardenia

Butter

8 biji telur

1 mangkuk kecil mozzarella

1 mangkuk kecil cheese cheddar (diparut)

1 mangkuk kecil daging cincang Ramly

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 biji cili besar (dihiris)

Sedikit daun bawang (dihiris)

Sedikit AJI-shio Blackepper

Cara penyediaan:
1. Roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yang di lapik baking paper
2. Letak kan sedikit butter seperti di dalam gambar di bawah.


3. Gaul atau kacaukan bahan yang selebihnya dan tuang ke atas roti.


4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 c api atas bawah selama 25 minit atau hingga garing.

Siap! Makan panas-panas ni, baru sedap. Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nanny Emma Emma (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x