fbpx

Sagu Jernih Bak Kristal. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Selalunya kuih sagu berwarna merah, namun sesekali cuba kelainan apa salahnya. Sagu jernih bak kristal ini mudah sahaja cara pembuatannya.

Tips yang dikongsi, jangan basuh sagu dan masukkan biji sagu hanya apabila air mendidih. Kalau tidak, sagu akan hancur.

Belajar ilmu masak sagu dapat jernih macam ni kat sini. Group yang aktif & boleh buat rujukan untuk saya yang newbie di dapur.

Mula – mula tengok teruja 😍 !

Cantik sangat.

Terima kasih semua yang share cara masak dari mula sampai siap. Ni nak letak dalam bubur jagung.

*CARA MASAK SAGU BIJI JERNIH PUTIH*

1) Panaskan air sampai mendidih menggunakan api besar.

2) Masukkan sagu biji.

3) Kacau dalam 20 minit.

4) Kacau sampai hilang putih. Kalau kurang air tambah sikit.

5) Dah hilang putih nampak dia dah jernih tapiskan.

6) Lalukan pada air.

7) Siap !

* Tips – Sebelum masukkan sagu biji dalam periuk JANGAN basuh sagu biji tu . Terus masukkan.

#stayathomeday28
#tipsmasaksagubijiputihjernih
#bukansagugulaMelaka
#masihmencarigulaMelaka

Sumber : Alifatul Amirah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x