fbpx

Sagu Laici Gula Melaka, Hidangan Yang Menyegarkan Tekak. Satu Mangkuk Mana Cukup!

iCookAsia

Hidangan pencuci Sagu Gula Melaka ni sangat popular pada bulan Ramadan. Tapi, tak salah kan untuk buat sekarang, alang-alang musim tidak menentu sekejap panas sekejap sejuk? 

Resepi yang dikongsikan sangat mudah. Dan kalau ikutkan resepi asal menggunakan Pewarna merah untuk memberi warna pada sagu kita kan? Tetapi ikut pengguna Facebook ini, beliau terus jumpa di pasaran sagu yang berwarna merah. Senang, mudah kerja kan? Jom cuba!

Terima kasih Nurhayati Abd Malek untuk perkongsian resipi Sagu Laici Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin laici

1 bungkus biji sagu merah

2 kotak santan

Daun pandan

1 biji gula melaka

Secubit garam

Cara membuat:


1. Mula-mula, masukkan biji sagu dalam 2 cawan.


2. Kemudian, masukkan air. Air tu agak agak sahaja. Banyak sikit tak apa sebab dia akan mengembang nanti. Kacau dan gaul hingga biji sagu kembang dan jadi begini. Boleh masuk ke dalam tapis selepas sudah terbentuk lut sinar pink gitu.


3. Lalukan dengan air paip. Supaya dia akan jadi lebih cantik.


4. Letakkan dalam bekas acuan yang anda suka. Ketepikan. Nak masuk esbok pun boleh sahaja.

5. Panaskan santan dan masukkan daun pandan.


6. Masukkan secawan air kosong dan garam. Letak secubit. Dah mendidih, tutup api. Sejukkan.


7. Kemudian, potongkan gula melaka pula supaya mudah larut waktu masak.


8. Masukkan dalam periuk bersama secawan air.

Siap! Boleh dihidang sagu, santan dan gula melaka ke dalam bekas pilihan anda. Jangan lupa untuk masukkan Laici sekali dan hias bersama daun panda. 

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurhayati Abd Malek (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x