fbpx

Salted Egg Cornflakes Cruncy. Tak Sempat Tunggu Raya Dah Habis Sebalang. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kalau korang jenis yang tak pandai uli biskut raya, Salted Egg Cornflakes Cruncy ini antara kudapan raya yang boleh dibuat. Memang sedap mengunyah sambil tengok tv, sedar-sedar satu balang dah habis.

“Dapat cornflakes yg bolat2 besaq2 syok nguyah sat ja clear btl tu.”

 

Bahan :

1kg cornflakes

10 tangkai cili kering (potong kecil-kecil)

250 gm Butter cup

100 gm Salted egg powder

Daun kari ikut suka nak letak banyak pon boleh

5 sudu gula castor

 

Cara :

1. Gunakan kuali besar untuk senang menggaul.

2. Cairkan butter dan masukkan cili kering, daun kari dan salted egg powder.

3. Goreng sehingga berbuih halus dan baru masukkan cornflakes dan gula castor.

4. Gaul sebati dan pantas kerana nanti salted egg akan berketol. Bila dah sebati baru tutup api.

5. Selepas itu masukkan ke dalam tray. Alaskan kertas minyak dahulu. Ratakan dan bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 150C menggunakan api atas bawah.

Sumber : Ija Hafiza Ismail

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x