in , , ,

Sambal Geprek Paling Enak. Tak Perlu Masak, Hanya Curahkan Minyak Panas. Berdesing Telinga Makan.

Ayam geprek berbeza dengan ayam penyet dan ayam gepuk kerana ayam geprek wajib menggunakan bahagian fillet dan digoreng bersalut tepung.

Malah penyediaan sambal juga berbeza kerana sambal ayam penyet harus dimasak dua kali manakala sambal geprek hanya diperlu ditumbuk atau digesek dan kemudian dicurahkan minyak panas. Dan kemudian digaulkan bersama ayam.

Resipi ini diolah sendiri oleh Juwita Afifah diinspirasikan daripada blog penulis Indonesia. Jelasnya lagi, resipi asal sambal geprek ialah dari Jogjakarta.

Geprek ialah lenyek atau tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.

Bahan-bahan :

Cili padi

Cili besar – dicincang kasar

Bawang putih

Kacang gajus

Minyak panas bekas goreng ayam

 

Cara :

  1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Pemilik resipi menggunakan lesung cobek yang dibeli dari Jogjakarta.
  2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.
  3. Masukkan cili besar.
  4. Akhir sekali, curahkan minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct daripada kuali lebih bagus supaya sambal masak sedikit.
  5. Gaul rata dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Geprekkan ayam bersama sambal dan sedia dimakan bersama nasi putih.

Kredit resipi & foto : Juwita Afifah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0