Resipi sambal tumis ikan yang dikongsikan Suhaini Samsudin agak berbeza daripada resipi sambal tumis yang lain. Walaupun mudah, namun penambahan kayu manis dan bunga lawang menambah lagi aroma dalam masakan. Dua bahan ini dikisar sekali ya. Dan tiada penggunaan belacan dalam masakan.
Jelasnya, untuk menumis sambal, memerlukan kesabaran dan harus bertenang. Barulah mengancam hasilnya. Lagi lama ditumis, lagi sedap. Resipi peninggalan arwah Mak Long Suhaini Samsudin ini selalunya menggunakan ikan kayu atau ikan tongkol, namun nak gunakan ikan lain pun boleh.
Al-Fatihah buat yang telah pergi, semoga dengan perkongsian ini dapat menambah amalan arwah di sana.
Bahan kisar :
2 labu Bawang besar
2 cm Halia
1 batang Kayu manis – direndam untuk lembutkan
2 biji Bunga lawang – direndam untuk lembutkan
Bahan Lain :
Ikan – digoreng terlebih dahulu
2 sb Cili kisar
Air asam jawa
Garam
Perasa
Cara :
- Tumis bahan kisar, kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan air asam, garam dan perasa.
- Apabila bahan sudah sebati, baru masukkan ikan.
Kredit resipi & foto : Suhaini Samsudin