in ,

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai, satu hidangan yang versatile. Boleh dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa. Rasanya yang pedas, bau yang kuat dan rasa makanan laut yang meresap masuk ke dalam sambal ini pasti membuatkan seluruh deria anda terjaga!

Resepi ini dibawakan oleh Chef Yob.

Bahan-Bahan:

500 gram udang
1 mangkuk ulas petai
1 batang serai, dititik atau ketuk
1 mangkuk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 sudu air asam jawa
2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk kisar halus:
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara-cara

1. Buang kulit dan bersihkan udang.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
3. Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
4. Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
5. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0