fbpx

Satu Keluarga Kaki Seafood. Buat Ala Shell Out Di Rumah Dengan Bahan Yang Banyak, Gerenti Puas Hati.

iCookAsia

Anda penggemar Seafood? Kalau Ya, mesti sudah pernah ke tempat makanan ala Shell Out kan? Ada yang mahal juga. Kalau rasa mahal, boleh cuba hidangkan sendiri di rumah, makan ramai ramai bersama keluarga. 

Pengguna Facebook ini kongsikan resipi Shell Out hasil daripada permintaan anak-anak beliau. Tipsnya untuk resipi ini, beliau tidak menggunakan cili kisar yang dibeli diluar. Kisar sendiri baru sedap supaya rasa lagi bertambah apabila dicampur bersama bawang. 

Terima kasih Sharla Rose untuk perkongsian resipi Shellout ini 🙂

Bahan-bahan:

½ biji bawang holland

6 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

1 inci halia

Buttercup

Daun kari 

Sos tiram atau seafood sauce

Sos ikan

Rempah kari

Blackpepper

1 inci belacan

5 tangkai cili kering

1 sudu besar udang kering

Kiub pati ayam

Lemon 

Seafood 

Sayuran (Brokoli, jagung)

Untuk kisar:

  1. Cili kering direbus dan kisar dengan bawang putih, 1 inci belacan dan 1 sudu besar udang kering.

*Untuk hidangan yang ramai atau lebih pedas, lebihkan cili kering. 

Untuk tumis:

  1. Buttercup, bawang holland 1/2 biji, bawang merah 6 biji, bawang putih 6 ulas, halia 1 inci di hiris halus. 

Bahan perap:

  1. Selepas itu, basuh segala jenis seafood. Perap seketika dengan blackpepper dan kunyit untuk direbus sebentar lagi. 

*tujuan untuk direbus supaya seafood menjadi half cooked. 

  1. Apabila sos sudah masak, tak perlu tunggu lambat masak, terutamanya ketam.

Cara membuat:

  1. Rebus seafood yang sudah di perap. Rebuskan air dahulu bagi mendidih dan baru masukkan ketam. Tutup periuk selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lala sekejap dalam 5 minit. Tutup api dan celurkan udang dan sotong.

“Ingat ye, shell out ini konsepnya seafood, jangan pula nak letak daging ke apa pula. Nanti dah lari rasa.. Udang dan  sotong tu, kalau tak nak masukkan pun tak apa,sebab air manis tu akan sebati nanti”

  1. Dalam kuali lain, panaskan buttercup dan sedikit minyak. Masukkan bahan tumis dan daun kari. Apabila sudah kuning dan naik bau, masukkan pula bahan kisar. Masak lagi dhingga nampak sedikit layu. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air.

*serbuk kari tu, dalam 2 sudu penuh sahaja. Kalau banyak seafood anda, boleh letak lebih supaya rasa nya tidak lari. 

  1. Apabila sudah pecah minyak, masukkan kuib pati ayam, sos tiram 2 sudu dan sos ikan. Garam tidak digunakan sebab sos ikan sudah cukup sedap rasa. Apabila sudah nampak kuah sikit, tambah kan sikit lagi. Selepas itu, boleh masukkan sayur.

*untuk penyediaan yang cepat, boleh celur sayur dahulu. 

  1. Akhir sekali, masukkan seafood. 

“Seafood tadi dah rebus sekejap kan. Balik-balikkan sahaja. Agak kuah sikit, masukkan air sedikit. Tetapi jangan lah sampai cair.. just nice je kuahnya. Jangan terlebih atau terlalu banyak. Biar ia masak mesra, nanti kuah akan pekat dan meresap. Boleh adjust rasa dengan tambah kan black pepper”

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sharla Rose (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x