fbpx

Sedap Juga Buat Resepi Roti Sosej Kukus Ini, Lagi Best Tambah Cheese

iCookAsia

Setiap pagi mesti nak kena ada menu yang simple tapi mengenyangkan. Boleh cuba buat resepi ini, nak kukus boleh, goreng pun boleh. Bertambah sedap kalau letak cheese. Makan satu confirm tak cukup.

Jom try.

Terima kasih Yati Rahim untuk perkongsian resipi Roti Sosej Kukus ini 🙂

Bahan- bahan:

Roti sosej

Sosej

Mayonis

Slice cheese

Cara membuat:

  1. Mula-mula, roti sosej dipotong ditengah, pastikan jangan putuskan roti tersebut.
  2. Kemudian, sapukan roti mayonis, letak sosej dan letakkan cheese slice tersebut.
  3. Akhir sekali, kukus lebih kurang 3 hingga 5 minit. 

Info tambahan:

  1. Sosej terus dikeluarkan dari freezer, tidak perlu dinyah bekukan sebab nanti jika sudah dikukus sosej akan lembut.
  2. Boleh potong cheese slice tersebut kepada dua untuk sekeping.
  3. Panaskan air kukusan sebelum kukus.
  4. Apabila sudah siap kukus roti, angkat dari kukusan dan boleh di drizzle kan dengan sebarang sos, contoh sos cili,tomato dan sebagainya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yati Rahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x