fbpx

Sedap Sungguh Kuih Seri Muka Ni, Cukup Rasanya!

iCookAsia

Admin memang suka betul dengan Kuih Seri Muka ini. Lagi best dapat cuba resepi yang diajarkan oleh Che Nom. Senang nak ikut satu per satu. Hujung minggu ini boleh cuba buat juga. 

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Kuih Seri Muka ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan-bahan untuk lapisan pulut:
2 cawan /400g beras pulut
2 cawan /500ml santan cair (Untuk yang guna santan kotak, 3/4 cawan santan +1 1/4 cawan air + sedikit minyak masak)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):
6-8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan /190ml air

Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):
1 ½ cawan /375ml santan pekat (Untuk yang guna santan kotak, 1 cawan santan + ½ cawan air)
3/4 cawan/150g gula
1/2 cawan /60g tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 biji telur saiz B
1/2 -1 sudu kecil garam
Pewarna hijau
1/2 cawan jus pandan

Cara membuat (Untuk Lapisan Pulut):

  1. Mula-mula, tapis dan toskan air beras pulut yang telah direndam 2 jam.
  2. Di dalam bekas lain, gaul sebati santan cair bersama garam dan gula.
  3. Sediakan loyang, sapu minyak dipermukaannya lalu dilapik plastik. Sapu pula plastik dengan minyak.
  4. Masukkan beras pulut kedalam loyang lalu tuang adunan santan.
  5. Masukkan daun pandan.
  6. Kukus beras pulut dalam anggaran selama 15 minit.
  7. Sesudah masak, keluarkan daun pandan dan gembur pulut, lalu tekan semula pulut biar rapat kesemuanya kedalam loyang
  8. Cakar sedikit permukaan atas pulut.

Cara Membuat (Untuk Lapisan Atas):

  1. Kisar halus daun pandan dan jintan manis bersama air.
  2. Tapis jus pandan.
  3. Di dalam bekas lain, masukkan gula, tepung gandum, tepung jagung, jus pandan, santan pekat, garam, telur dan pewarna hijau.
  4. Gaulkan kesemua bahan dan tapis adunan.
  5. Masak sekejap adunan atas api yang perlahan sambil mengacau adunan. Tutup api apabila mula ada ketulan lembut didalam adunan.
  6. Teruskan mengacau adunan.
  7. Tuangkan adunan pandan perlahan-lahan kedalam loyang yang berisikan pulut.
  8. Sambung kukus kuih dalam anggaran selama 40-45 minit.
  9. Akhir sekali, selepas sudah masak, sejukkan kuih dan potong. Kemudian, kuih seri muka siap untuk dihidang.

Tip:

  1. Asingan santan cair yang diletak gula dan garam dirasa terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sesuai dan elok.
  2. Jika menggunakan santan kotak, tambah sedikit minyak ke dalam beras pulut yang telah dituang kedalam loyang sebelum dikukus.
  3. Jika beras pulut masih kelihatan mentah dan mempunyai biji-biji keras yang mentah, sambung kukus sehingga beras pulut masak sempurna.
  4. Ketika masak sekejap adunan lapisan atas diatas api yang perlahan, kerap mengacau adunan dan jangan tinggal. Adunan juga tidak perlu mendidih ya, cukup sekadar wap panas ketika memasak.
  5. Sesudah menuang adunan lapisan atas di dalam loyang, pecahkan gelembung jika ada untuk mendapatkan permukaan yang licin.
  6. Tutup kuih semasa kukus bagi menggelakkan wap air masuk dan bertakung di dalam kuih.
  7. Bagi mengelakkan potongan kuih yang tidak sekata dan tidak kemas akibat melekat, sapukan pisau dengan minyak terlebih dahulu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x