Mesti rindu kan nak makan Apam Kampung? Kebiasaannya akan jumpa di bazar Ramadhan. Meriah dengan jualan kuih tradisional. Tapi anda jangan risau, kali ini boleh buat sendiri sahaja. Ada 4 bahan ini sahaja dah boleh buat. Mudah sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Noorzaiton Nordin perkongsian resipi Apam Kampung ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1 paket mauripan
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan gula merah dan air serta biarkan ia suam-suam.
- Tapis dan masukkan dalam tepung.
- Kemudian, gaul sebati dan masukkan mauripan. Gaul sampai licin dan tidak bergentel. Boleh guna whisk atau pengisar sahaja. Perap selama 1 jam.
- Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan minyak. Tuang dalam loyang dan jangan kacau-kacau dah.
- Akhir sekali, kukus selama 1/2 jam. Siap dan boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noorzaiton Nordin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity