fbpx

Sedapnya Dapat Makan Cakoi Buat Sendiri Sahaja, Memang Nikmat!

iCookAsia

Selalu makan Cakoi yang beli, cuba kali ini buat sendiri pula. Boleh buat pelbagai saiz asalkan jadi Cakoi. Ada satu resepi Cakoi Cina ini yang boleh buat terliur, cicah pula dengan Srikaya Pandan ala Boat Noodle.

Terima kasih Nur Nabilah Jailani untuk perkongsian resipi Resepi Cakoi ini 🙂

Bahan- bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
3 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
  2. Uli semula adunan doh 9 sehingga 10 minit. Guna tangan sahaja.
  3. Kemudian, masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman dengan anggaran 8 hingga 9jam. Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
  4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam.
  5. Akhir sekali, boleh dibentuk dan goreng seperti biasa.

Tips: Semasa mengoreng kena selalu pusing-pusing kan baru cakoi mengembang dengan jayanya.

Bahan-bahan (Srikaya Pandan):
1 ½ cawan susu cair
Pes atau esen pandan sedikit
Secubit garam
1 ½ sudu besar tepung kastard
3-4 sudu besar susu pekat
Pewarna hijau sedikit

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan-bahan.
  2. Kemudian, masak di atas api yang kecil sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar.
  3. Pastikan sentiasa dikacau. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Nabilah Jailani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x