fbpx

Sedapnya Dapat Makan Laksa Johor, Cukup Rasa Dan Puas Hati!

iCookAsia

Siapa di sini peminat Laksa Johor? Dengan kuah laksa yang pekat cair menjadikan hidangan tersebut bertambah sedap. Memang boleh buat terliur ni. Anda ikut sahaja langkah-langkah yang ditunjukkan dalam resepi ini dan mesti jadi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nur Masri perkongsian resipi Laksa Johor ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 bungkus spaghetti

Cara membuat:

  1. Rebus dan letak sedikit garam serta minyak.
  2. Ambil beberapa urat spaghetti, pegang bahagian tengah dan pusingkan menjadi no 8 dan letak atas pinggan.

Bahan B (Kuah Laksa):

2 biji bawang besar

6 biji bawang merah

6 biji bawang putih

2 batang serai

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

Sedikit kunyit

Kisarkan kesemua bahan di atas

Bahan C:

4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)

4 sudu besar rempah Kari ikan

4 sudu besar kerisik

2 cawan santan

4 asam keping

5 -6 ketul ikan tenggiri

5-6 ekor udang basah

1 cawan udang kering (blend)

2 keping ikan masin kurau (blend)

Bunga Kantan (Optional)

Daun kesum

Rebus dan buang tulang, kisarkan isi ikan menggunakan air rebusan tadi. Tulang ikan kisar asing dan tapis serta ambil airnya untuk buat kuah.

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisarย  hingga keluar minyak.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
  6. Akhir sekali, masukkan garam dan gula perang atau melaka.

Bahan Hiasan:

Timun

Kacang panjang

Taugeh

Bunga kantan

Bawang besar

Limau kasturi

Sambal belacan

Lobak masin

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x