Kuih ros ni kalau makan memang susah nak berhenti. Rasa rangup dan manis adunan memang cukup sempurna.
Tapi adakalanya buat yang pertama kali mahu mencuba, masalah utama yang dihadapi ialah adunan melekat dekat acuan. Mengikut petua orang dulu, acuan tidak boleh dibasuh dengan air waima yang baru dibeli. Jadi jalan terbaiknya, selepas beli, lapkan acuan dengan minyak sehingga bersih. Begitu juga selepas menggunakannya, hanya bersihkan dengan minyak. Tidak perlu dicuci dengan air.
Ataupun rendam dengan minyak yang berisi 3 hingga 4 asam keping sehingga tiga ke empat hari. Kemudian lap kering.
Begitu juga sewaktu menggoreng, pastikan rendam acuan dalam minyak panas kemudian baru tekap dengan adunan. Barulah bunga ros cantik berkembang.
Bahan :
500 gm tepung beras cap teratai/1 gajah
2 cwn gula ( kalau tak nak manis kurangkan )
2 cwn santan ( saya guna kara )
2 1/2 cwn air
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Cara :
1. Bancuh semua bahan dan tapis.
2. Panaskan minyak dan masukkan acuan ke dalam minyak panas. Biarkan dahulu dan baru tekapkan adunan.
Sumber : Salasiah Bajuri