Siapa penggemar makaroni cheese wajib cuba resipi yang cukup ringkas dan sedap ini. Selepas ini bolehlah bawa potluck untuk menjamu kawan-kawan.
Terima kasih Syamimi Zainudin atas perkongsian resipi.
Bahan :
2 cawan Makaroni
Daging cincang – kuantiti terpulang
Isi ayam – kuantiti terpulang
1 sb Serbuk kari
1 labu Bawang besar
Daun bawang/daun sup
Garam secubit
Sedikit Maggi cukup rasa
Sos putih :
2 cawan Susu cair
4 biji Telur gred B
1 sb Tepung gandum
Cheese mozarella/cheese slice
Cara :
- Rebus makaroni dengan sedikit minyak. Toskan dan ketepikan.
- Dalam kuali, tumis bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
- Masukkan daging cincang dan isi ayam. Tumis sehingga daging dan ayam masak.
- Masukkan pula daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
- SOS PUTIH : Dalam bekas lain, masukkan susu cair bersama telur dan tepung gandum. Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul. Masukkan sedikit cheese.
- Kemudian masukkan makaroni dan adunan daging cincang ke dalam adunan sos putih tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas untuk dibakar. Taburkan cheese di atas dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga masak.
Kredit resipi & foto : Syamimi Zainudin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/