fbpx

Sedapnya Makan Makaroni Cheese Panas-Panas. Ikut Cara Ini, Simple Tapi Sedap.

iCookAsia

Siapa penggemar makaroni cheese wajib cuba resipi yang cukup ringkas dan sedap ini. Selepas ini bolehlah bawa potluck untuk menjamu kawan-kawan.

Terima kasih Syamimi Zainudin atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

2 cawan Makaroni

Daging cincang – kuantiti terpulang

Isi ayam – kuantiti terpulang

1 sb Serbuk kari

1 labu Bawang besar

Daun bawang/daun sup

Garam secubit

Sedikit Maggi cukup rasa

 

Sos putih :

2 cawan Susu cair

4 biji Telur gred B

1 sb Tepung gandum

Cheese mozarella/cheese slice

 

Cara :

  1. Rebus makaroni dengan sedikit minyak. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam kuali, tumis bawang besar sehingga layu, kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan daging cincang dan isi ayam. Tumis sehingga daging dan ayam masak.
  4. Masukkan pula daun bawang.
  5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  6. SOS PUTIH : Dalam bekas lain, masukkan susu cair bersama telur dan tepung gandum. Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul. Masukkan sedikit cheese.
  7. Kemudian masukkan makaroni dan adunan daging cincang ke dalam adunan sos putih tadi. Kacau sebati.
  8. Masukkan semua bahan ke dalam bekas untuk dibakar. Taburkan cheese di atas dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Syamimi Zainudin

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x