in , , ,

Sedapnya Pelengat Pisang, Lagi Senang Daripada Buat Cekodok. Rasanya Seakan Tepung Pelita.

Jika sebelum ini kita lebih suka menyediakan cekodok untuk minum petang kerana mudah menyediakannya, namun selepas ini bolehlah mencuba pula resipi Pelengat Pisang hasil perkongsian Wani Sulinan.

Caranya cukup mudah dan hanya memerlukan empat bahan sahaja. Malah rasanya yang seakan tepung pelita memberikan satu keunikan dan pastinya cukup membuka selera.

 

Bahan :

1 sisir Pisang berangan / Pisang lemak manis

Satu kotak kecil Santan

3 sb Tepung beras

Gula & Garam

 

Cara :

  1. Hiris pisang nipis dan susun di dalam loyang cantik-cantik.
  2. Tabur gula di atas pisang dan lapiskan dengan hirisan pisang yang lain. Taburkan gula lagi dan ulang sehingga habis.
  3. Tuang satu kotak santan dalam bekas dan tambahkan satu kotak air menggunakan sukatan kotak santan tadi.
  4. Masukkan tiga sudu besar penuh tepung beras dan garam. Gaul sebati.
  5. Tuang santan dalam loyang berisi pisang tadi dan kukus selama 20 minit.
  6. Enak dimakan sejuk.

Kredit resipi & foto : Wani Sulinan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0