fbpx

Segarkan Tekak Dengan Nanas Laici Sparkling. Ini Cara Nak Buat Air Paling Perfect Untuk Berbuka

Cuaca panas tak menentu, cukup menguji keimanan bila tiba bulan puasa. Bab makanan, kadang kala boleh pandang sebelah mata. Tetapi kalau bab hilangkan dahaga, terbayang-bayang kesegaran air sejuk dingin yang membasahi tekak…gulp. Sukar nak digambarkan.

STOP!!! Jangan terus meluru ke bazar. Kenapa nak beli kalau kita boleh buat sendiri air paling sedap dekat rumah. Senang je, tapi sedap mengalahkan hotel 5 bintang.

Resipi yang kami nak kongsikan ini cukup segar, nyaman dan penuh kenikmatan. Bayangkan rasa masam manis gabungan nanas dan laici, disempurnakan pula rasa fizzy Spritzer Sparkling. Bak kata orang, sempurna rasanya hidup selepas seharian berpuasa.

Perahan jus limau nipis dengan sentuhan rasa daun pudina membangkitkan lagi cetusan rasa Nanas Laici Sparkling. Perfecto!

Apa yang menarik, kesegaran rasa fizzy ini mencipta magis kepada jus buah biasa. Pendek kata, Spritzer Sparkling menjadikan air biasa jadi luar biasa hasilnya.

Spritzer Sparkling diperbuat daripada dari air mineral semulajadi Spritzer, tanpa gula dan juga kalori. Jadi selain sedap, berat badan pun dapat dikawal.

Resepi Nanas Laici Sparkling 

Masa penyediaan : 10 minit

Masa memasak : –

Jumlah Hidangan : 6 Hidangan

Bahan-bahan:

2 1/2 sudu besar jus limau nipis

4 cawan isi nanas

2 cawan air laici

16-18 biji laici

10 helai daun pudina

6 cawan ketulan ais

1000ml Spritzer Sparkling Mineral Water

Hiasan: laici, limau nipis dan daun pudina

Cara membuat:

  1. Hiris limau nipis dan perah airnya.
  2. Buang empulur nenas dan potong kiub.
  3. Masukkan nanas, sirap laici dan laici, daun pudina dan jus limau nipis ke dalam pengisar.
  4. Kisar sehingga halus.
  5. Letak ais ke dalam jag.
  6. Tambah buah laici ke dalam jag.
  7. Masukkan campuran buah-buahan kisar.
  8. Tuangkan air mineral Spritzer Sparkling. Kacau rata.
  9. Tuangkan ke dalam gelas.

10.Hias dengan potongan limau nipis dan daun pudina. 

Jangan hadkan batasan air berbuka puasa dengan Nanas Laici Sparkling sahaja, cipta pelbagai resipi baharu kesukaan anda dengan air mineral Spritzer Sparkling. Luaskan kreativiti gastronomi untuk memberi satu sensasi baharu kepada deria rasa, tak cuba tak tahu kan?

Kami dah cuba resipi Nanas Laici Sparkling dan rasanya cukup menyegarkan selepas seharian berpuasa. Jom tengok cara penyediaannya di sini. 

Untuk pelbagai lagi seleksi resipi menarik yang boleh dijadikan juadah berbuka atau persediaan raya, layari  https://www.spritzer.com.my/spritzersparkling2023rayacampaign/ untuk segarkan hari anda.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x