fbpx

Selamat Tinggal Grandpa Kitchen. Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

iCookAsia

Selamat tinggal buat bintang Youtube, Grandpa Kitchen yang dikhabarkan meninggal dunia pada 27 Oktober lalu pada usia 73 tahun. Bagaimanapun punca utama kematian tidak dijelaskan.

Masih ingat bagaimana lelaki dengan nama sebenar Narayana Reddy ini menjamu penduduk kampung bersama anak-anak kurang bernasib baik dengan hidangan yang cukup mewah, namun menerusi penyediaan yang cukup sederhana.

Tiada dapur mewah, hanya berbekalkan kayu api, kuali besar dan magis air tangannya, setiap wang yang dijana menerusi Youtube disalurkan untuk membantu anak-anak kurang bernasib baik di kampungnya seperti bantuan makanan, persekolahan, pakaian dan hadiah istimewa.

Memegang prinsip “Loving. Caring. Sharing. This Is My Family,” lelaki dari Telangaga India ini meninggalkan memori epik dalam setiap ingatan peminat seluruh dunia, terutama gaya unik masakan ‘gergasi’.

Mula tular sekitar Ogos 2017 dan mempunyai lebih 6 juta subscriber dengan 600 juta jumlah tontonan, perginya Grandpa Kitchen tiada pengganti.

Selamat tinggal Grandpa Kitchen.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x